Perkahwinan dan poligami
Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.
Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.
Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa.
Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk poligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami). Credit: wikipedia
![Image result for kesan poligami pada anak](https://image.slidesharecdn.com/poligami-141122154350-conversion-gate01/95/isuisu-kekeluargaan-poligami-5-638.jpg?cb=1416671084)
BISMILLAH,
Permulaan ceritanya begini...
Keluarga ni biasa-biasa jer. Ada suami yang penyayang ,ada isteri yang baik dan anak-anak yang cukup sifat dan pekertinya.Suami yang penyayang dan ayah yang baik .2 kali saya sebut penyayang . Bahaya tau penyayang ni,takut ada yang memerhati dan suka.
Kita start yer.Isteri berhenti kerja dgn niat utk menjaga anak sendiri.Beruntungnya si isteri .Dapat duduk di rumah,jaga anak sendiri,boleh masak utk keluarga ,boleh uruskan rumahtangga dgn sepenuh masa
Isteri juga sentiasa menyokong aktiviti suami dengan mengerah seluruh tenaga yang ada dgn menyediakan makanan dan buat semua kerja2 rumah walaupun hari minggu yang sepatutnya digunakan utk berehat demi untuk menyokong apa yang suami buat. tiada istilah rehat.
Silap tak apa yg si isteri ni buat?? pandangan biasa tidak silap tp pandangan jauh kesilapan ni bakal merubah semuanya.Silap kerana meletakkan 100% kepercayaan pada suami . Silap kerana lambat merasa curiga.silap kerana tidak letakkan sayang pd diri sendiri dulu.silap kerana langsung tiada persediaan utk menghadapi sebarang kemungkinan.langit tidak selalunya cerah. Sekali ribut badai melanda . Tidaklah kita mampu menghalangnya
Tanpa sebarang syak dan segalanya dicurahkan sepenuh hati utk keluarga . Rupanya Allah swt duga si suami dgn dtgnya wanita lain dalam hidup keluarga ini. (bermula dgn skdr gurauan ttg mak tiri. "mak tiri bg makan katakla,mak tiri dera la dan mcm2 lg" sambil ketawa) rupanya gurauan menjadi nyata...
Disini bermula mimpi ngeri setiap wanita yang bergelar isteri. Siapa sanggup bermadu??? berani kerat jari la jika siapa yang ckp dia sanggup.TIADA SIAPA sanggup walau kita tahu ganjaran katanya si payung EMAS dan semestinya ISLAM menghalalkan poligami jika betul pada caranya ,adabnya , adilnya ..
Bukan diduga setakat itu shj,dengan perut terkandung seorang lagi makhluk ALLAH dan anak yang tidak sedar diri kerana terlibat kemalangan . Allahu beratnya ujian pd si isteri ditambah anak2 lain yang masih kecil.Tiada tempat utk mengadu. Setelah semuanya terbongkar tentang suami yang dh berkahwin lain , tidak pernah sekali dalam sehari tiada pergaduhan besar antara isteri dan suami. Anak2 sudah lali .Hampir meroyan si isteri sebaik melahirkan. Berbekalkan semangat yang masih bersisa dan anak yang kemalangan kembali sedar . Si isteri teruskan juga dalam keterpaksaan .Kerana apa?? kerana tidak ada duit,tidak ada simpanan,tidak ada kerja, tidak sanggup anak2 hidup tanpa ayah,tidak tahu hala tuju.gelap dunia yg dirasakan.. Ohhhh kejamnya.Kasihan si isteri .Disini baru si isteri nampak silapnya tp sesal tidak berguna lagi.Nasi dh jd bubur.
Derita kerana diri dimadukan ditanggung isteri dan tempiasnya pd anak2. Orang luar nampak semuanya OK.Hanya mereka yang tahu.Mental disiksa,disiat dan tiada lagi sinar dalam keluarga itu. Bukan kerana si suami kaki pukul tapi kerana hidup dan berubah .semuanya perlu dikongsi sedangkan suami tidak mampu .Hanya Allah tempat mengadu,hanya Allah tempat meminta. Semakin masa menginjak,anak2 semakin besar .Ada yg lari jauh dari derita itu.Meninggalkan yang lain menyambung derita
Tapi Allah swt itu maha mendengar ,setelah sekian lama menelan derita , si isteri akhirnya dapat ganjaran atas sifat sabarnya . Semua yang terjadi kerana qada dan qadar .Bahagia semakin banyak menerjah . Semoga bahagia utk keluarga ini berpanjangan .
Hidup perlu diteruskan tapi sakit dan pilunya hati diduakan tak mungkin dapat diubati
Hanya MASA mampu merawatnya. orang putih kata "time will heal"
![Image result for poligami](https://emak2blogger.com/wp-content/uploads/2017/09/poligami-cover1-940x720.png)
*Disclaimer :Kisah benar seorang isteri yand dimadukan ini diolah dan dirumuskan kerana terlalu panjang utk ditulis semuanya. Tunggulah nanti kalau2 ada yang nak kisah ni dinovelkan .
**Jika sama dgn kisah yang pernah anda baca dan dengar,Mungkin ianya hanya kebetulan.Wallahualam
Comments
Post a Comment